Tips untuk sentiasa bersemangat setiap pagi setiap hari.


1. Bersyukur

Perkara wajib waktu pagi, berdoa dan bersyukur kerana diberi peluang untuk meneruskan hidup dan masih diberikan kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini. Sekiranya kita bersyukur kita akan menjadi orang yang sentiasa menghargai diri sendiri dan gembira dengan apa yang kita miliki. 


2. Motivasi Diri

Ambil masa 2 minit atau 5 minit untuk baca beberapa artikel motivasi pendek di awal pagi. Bila rasa tidak semangat, emosi tengah down, cepat-cepat cari inspirasi dan kata-kata semangat. Dari tidak semangat, terus jadi semangat dan terinspirasi. 


3. Lihat Warna Yang Cerah

Sebenarnya warna pun boleh mempengaruhi mood kita. Melihat warna-warna yang cerah boleh membuatkan kita kembali ceria dan bersemangat. Setiap hari, lihatlah warna-warna yang cerah sepeti kuning, hijau, biru dan warna-warna yang lain lagi. Ataupun kita pilih lah baju mengikut warna-warna yang boleh menaikkan semangat kita. 


4. Niat Dalam Hati

Untuk menjadikan kita bersemangat, sentiasa berniat baik dalam hati. Niat yang baik dan jelas pasti akan memberikan semangat. 


5. Sentiasa Berfikiran Positif

Buang sikap negatif. Sekiranya kita sentiasa berfikiran negatif mood akan menjadi tidak baik. Aura negatif boleh membuatkan kita jadi malas, cepat down, cepat marah dan tidak fokus. Sekiranya berfikiran positif seperti "hari ini saya mahu gembira dan bersemangat". Jadi , automatik anda akan menjadi rajin, bersemangat dan gembira. 


Semoga bermanfaat untuk semua.